Popular Posts

Monday, February 14, 2011

pendahuluan


                   Pendahaluan
  DENGan nama allah yang maha pemurah
   Lagi maha penyayang

Alhamdulillah,bersyukur ke hadrat Allah S.W.T kerana limpah dan kurnia-NYA,selawat dan salam buat perjuangan nabi kita,Nabi Muhammad S.A.W yang kita cintai dan para keluarganya,sahabat-sahabat serta pengikut-pengikut baginda yang setia lagi jujur hingga ke akhir zaman,kedua-dua ibu bapaku,ustaz aziz,serta sahabat sahabiah yang mengenali saya.
        Dengan izin dan rahmat Allah S.W.T,saya telah berusaha dan berjaya menyiapkan tugasan CTU 151 yang berkenaan tentangʹSEJARAH MADRASAHʹdi kariah saya di Perlis.Pertamanya sekali ,tujuan saya membuat tugasan ini merangkumi beberapa objektifnya yang tertentu:
       1.Memahirkan mahasiswa membuat sesuatu kerja luar atau praktikal tentang sesuatu perkara.
       2.Melatih kemahiran komunikasi melalui temubual bersama individu tertentu disamping mencari maklumat-maklumat yang sahih dari pelbagai sumber untuk diterjemahkan melalui penulisan.
       3.Memupuk nilai kemasyarakatan melalui temubual dan ramah mesra kerana islam amat menggalakkan ziarah sesama masyarakat.
       4.Mendedahkan mahasiswa tentang penerokaan dan penggunaan teknologi maklumat dalam sistem pendidikan pada abad ini.
        Skop madrasah amat luas sekali kerana wujudnya pelbagai institusi pengajian islam yang mempunyai sistem kurikulum dan kokurikulumnya yang tersendiri.Oleh hal yang demikian,saya memilih untuk menjuruskan penulisan berkenaan maahad tahfiz iaitu pusat pengajian Al-Quran yang begitu mendapat perhatian masyarakat pada masa kini.Kesimpulannya,saya berharap anda semua akan berpuas hati dan tertarik akan hasil kerja saya berkenaan maahad tahfiz ini.
Sekian sahaja dari saya,wassalam

No comments:

Post a Comment