Popular Posts

Monday, February 21, 2011

HURAIAN-SEJARAH PENUBUHAN DAN PENGASAS

Berdasarkan maklumat yang saya peroleh adalah seperti berikut:


MAAHAD TAHFIZ AL-QURAN AL IMAM AN NAWAWI(MATIN) ditubuhkan pada 10 muharram 1430 hijrah bersamaan dengan 7 januari 2009.walaupun maahad ini boleh dikatakan masih baru akan tetapi ia telah berjaya meletakkan sebagai salah satu maahad tahfiz yang terkenal di negeri perlis ini.Hakikatnya maahad ini dahlunya beroperasi di kawasan perumahan iaitu di no 6&15,Lorong Limau Kasturi,Taman Seri Guar,01000 Kangar,Perlis,sekaramg ini maahad ini telah berpindah ke kawasan yang lebih lapang iaitu di Kampung Abi Padang Machang,Abi,Kangar,Perlis di mana terletak berhampiran simpang empat abi.Tambahan lagi bangunan tersebut mempunyai pejabat,asrama,surau,masjid yang masih dalam pembinaan,kawasan lapang dan pelbagai lagi kemudahan yang disediakan.Pada asalnya ia bermula dengan 7 orang pelajar dan sekaramg ini bertambah seramai 69 pelajar,dan kakitangan yang mencukupi untuk mengawal pelajar yang kian bertambah yang terdiri daripada pelajar dari seluruh negara kita.

Maahad ini diasaskan oleh Ustaz Yusaini yang merupakan penceramah yang terkenal di Perlis,bahkan luar negeri ini kerana kepetahannya berkata-kata dan jenakanya yang sungguh mencuit hati sesiapa sahaja.Beliau bertindak sebagai Mudir atau Pengetua maahad ini dan dibantu oleh ustaz azmir sebagai Timbalan Mudir,selain dibantu oleh saf guru dan pegawai pentadbiran.Saya dimaklukan bahawa disini terdapat 6 orang tenaga pengajar iaitu terdiri daripada:
 3 orang lepasan maahad tahfiz,
 1 dari Syria
 1 Mesir
 1 Sanawi(STAM)

No comments:

Post a Comment