Popular Posts

Monday, February 14, 2011

abstrak


                             Abstrak
PERANAN SERTA SUMBANGAN MAAHAD TAHFIZ AL-QURAN DALAM    MELAHIRKAN ILMUWAN ISLAM YANG RABBANI&hebat
         Institusi pengajian islam pengajian islam khususnya maahad tahfiz al-quran telah berkembang luas di negara ini sejajar dengan perkembangan islam yang kian pesat dalam dunia yang serba moden masa kini.  
Maahad ini telah memberi sinar baru terhadap perkembangan islam terutamanya pengajian Al-Quran yang kian hilang ditelan  kemajuan dunia sekarang kerana semakin ramai manusia yang tidak sedar akan kewujudan Al-Quran sebagai sumber pedoman serta panduan manusia menuju ke jalan yang benar dan terbebas dari kesesatan.Natijahnya,kesucian Al-Quran akan lebih terpelihara kerna terdapat golongan yang masih mencintai dan mengamalkan Al-Quran dengan membaca  dan menghafalnya sesuai dengan hadis nabi.

            ҅  Sesiapa yang membaca Al-Quran dan menghafalnya,dia menghalalkan apa yang dihalalkan di dalam Al-Quran dan mengharamkan apa yang diharamkan di dalam Al-Quran,Allah akan memasukkan ke dalam syurga dan dia akan dapat member syafaat 10 orang ahli keluarganya yang semuanya adalah ahli neraka ҆

Melalui hadis ini betapa besarnya ganjaran pahala terhadap golongan yang memuliakan Al-Quran dan kerana golongan inilah yang akan memelihara dan mempertahankanAl-Quran dari ancaman musuh  islam yang cuba untuk menyesatkan orang islam dari ajaran islam yang sebenar dengan menokok tambah apa yang terdapat dalam Al-Quran.Pada suatu hari nanti apa yang merisaukan kita semua jika tiada kesinambungan golongan pelapis dikalangan anak muda yang akan memuliakan Al-Quran dan kesucian Al-Quran itu sendiri akan tercemar..masyaallah.
           Maahad tahfiz adalah alternatif terbaik melahirkan pelapis ilmuwan islam dikalangan golongan muda yang kebanyakannya terjebak ke kancah yang tidak baik kerana kurangnya pendidikan agama yang kukuh.Bagi pendapat saya,maahad ini amat menitik beratkan soal ukhrawi disamping tidak mengabaikan soal duniawi.Pelajar-pelajar maahad bukan sahaja menghafaz Al-Quran akan tetapi ia meliputi pelbagai bidang pengajian termasuk penguasaan ulum Al-Quran dan Al-Hadith,ilmu-ilmu turath dan kaedah talaqqi,dan penekanan manhaj tarbiyyah meliputi ruhiyyah,tazkiyah an nafs,harakiyyah dan fiqh ad dakwah.Kesimpulannya semua pihak harus sedar dan menyokong kewujudan maahad ini tanpa memberi persepsi yg tidak baik.

No comments:

Post a Comment