Popular Posts

Saturday, February 19, 2011

kesimpulan

Kesimpulannya di sini,kita dapat lihat betapa besarnya peranan madrasah atau maahad tahfiz dalam melahirkan ilmuwan islam yang berjaya bukan sekadar dari segi ilmu akhirat bahkan juga ilmu duniawi yang tidak kurang pentingnya.Pelajar lepasan maahad mempunyai nilai tambah tertentu terutamanya kebolehan dalam bahasa arab,kemahiran menghafaz al-quran,dan lain-lain lagi.Bagi pendapat saya,pusat-pusat pengajian harus diperkembangkan supaya generasi pada masa akan datang tidak ketinggalan dalam pengajian Al-quran yang amat penting sebagai seorang muslim yang menjadikan ia sebagai panduan kita,terutamanya ia perlu didik sejak kecil lagi bak kata pepatah “melentur buluh biarlah dari rebungnya”.ini sudah pasti bagi memelihara kesucian islam Al-quran serta membangunkan islam di masa akan datang.Selain itu,berdasarkan pemerhatian saya ketika melakukan tugasan ini,saya dapati pelajar-pelajar di maahad tahfiz yang saya telah lawati mempunyai adab sopan dan kehormatan yang tinggi,disamping mudah untuk didekati dan berasa amat teruja berbesar hati atas penerimaan tersebut.Tambahan pula,saya juga dapat merasa sesuatu yang amat menyenang apabila berada disini kerana suasananya yang tidak bising dan amat sesuai untuk belajar.Menariknya lagi oleh kerana kawasan sekitarnya dikelillingi masyarakat kampung yang begitu mengambil berat tentang pelajar-pelajar di maahad ini,menjadi persaudaraan sesama muslim bertambah erat.Saya juga dimaklumkan bahawa disini para pelajar akan dijemput untuk mengadakan tahlil,doa selamat,khidmat masyarakat serta lain-lain,bagi saya ia merupakan perkembangan yang baik.Sekian sahaja dari saya,terima kasih

No comments:

Post a Comment