Popular Posts

Friday, February 25, 2011

KONSEP

KONSEP
Istilah madrasah atau maahad mempunyai persamaan yang sama iaitu membawa makna sekolah di dalam bahsa arab yang menjurus kepada pelajaran berasaskan islam.Maahad tahfiz pula menjurus pula kepada pendidikan berasaskan penghafalan Al-Quran serta ilmu-ilmu yang berkaitan dengan Al-Quran di sebuah institusi pengajian atau sekolah.Maahad tahfiz juga tidak ketinggalan menyapaikan ilmu-ilmu lain yang berkaitan dengan islam.

Di Malaysia terdapat banyak tertubuhnya pusat-pusat maahad sama ada hak milik kerajaan,swasta,dan pelbagai lagi.Maahad ini juga terbahagi kepada beberapa jenis maahad agama,maahad sains,dan maahad tahfiz.Pada tugasan kali ini saya akan memberikan maklumat berkaitan maahad tahfiz secara mendalam tentang apakah sebenarnya maahad tahfiz ini

Tuesday, February 22, 2011

MASALAH&penyelesaiannya

masalah
1.sumber kewangan kerana maahad ini dinaugi oleh persendirian.
2.kemudahan yang terhad.
3.Terdapat segelintir masyarakat yang yang kurang senang dengan penubuhan maahad tahfiz ini.
PENYELESAIAN
1.Masalah ini dapat diatsi dengan lancar kerana pihak pentadbiran
Maahad ini sendiri telah mencari alternatif sendiri melalui skim
wakaf,bahkan maahad ini dalam proses pembinaan masjid di
kawasan kampung tersebut oleh kerana surau yang terhad.
2.Hanya terdapat sebilangan kecil sahaja yang kurang senang akan
tetapi ramai yang mengalu-alukan,bahkan penduduk kampung turut
membantu dari segi apa yang termampu untuk maahad ini demi
pembangunan bersama.

KEGIATAN KOKURIKULUM

BADAN PELAJAR
PERSEMBAHAN QOSIDAH(PERNAH MEMBUAT PERSEMBAHAN SEMPENA KARNIVAL IMAM
Kem pemantapan sahsiah
Lawatan sambil belajar
Perkhemahan pelajar
Bengkel ibadah
Aktiviti riadah

ALIRAN PENGAJIAN

4 TAHUN
LUAR NEGARA(YAMAN ,SYRIA DAN LAIN-LAIN)
1 TAHUN
PENGAJIAN TAFAQQUH
6 BULAN
KURSUS BAHASA ARAB-SURABAYA,INDONESIA
3 TAHUN
PENGAJIAN MATIN

SISTEM PENGAJIAN

SISTEM PENGAJIAN
 HAFAZAN AL-QURAN
 PENGUASAAN ULUM AL-QURAN&AL-HADITH
 PENERAPAN ILMU-ILMU TURATH&KAEDAH TALAQQI
 PENEKANAN MANHAJ tarbiyyah meliputi ruhiyyah,tazkiyah an nafs,harakiyyah dan fiqh ad dakwah

OBJEKTIF PENUBUHAN

OBJEKTIF
MELAHIRKAN PELAJAR YANG MEMPUNYAI CIRI-CIRI UDM
U ULAMA’AMILIN –Individu islam yang komited dengan ajaran islam segi teori dan praktikal.
D daie ilallah – Ilmuan islam yang menyeru kebenaran da mencegah kemungkaran.
M murabitun dan ‘AMILIL’AMAL ISLAMI- peribadi muslim yg istiqamah&thabat dlm gerak kerja islam.

peranan maahad tahfiz

PERANAN
 DIRI
1.Melahirkan individu muslim yang berpegang teguh dengan ajaran Al-quran sejak remaja serta mempraktikkannya dengan baik
2.Membantu remaja yang berpotensi untuk berjaya di masa hadapan dalam bidang
Al-Quran khususnya.

 KELUARGA
1.Institusi kekeluargaan yang menerapkan ilmu-ilmu agama.
2.Mewujudkan suasana yang bahagia dan tenteram.

 MASYARAKAT
1.Masyarakat akan lebih meminati serta mempelajari ajaran al-quran apabila terdapatnya institusi pengajian.
2.Menyeru lebih ramai masyarakat mendalami Al-Quran di maahad tahfiz.

 AGAMA
1.Kesucian islam akan lebih terpelihara jika terdapat golongan yang menghafal
serta beramal dengan Al-Quran.

Monday, February 21, 2011

BERSAMA TIMBALAN MUDIR



HURAIAN-SEJARAH PENUBUHAN DAN PENGASAS

Berdasarkan maklumat yang saya peroleh adalah seperti berikut:


MAAHAD TAHFIZ AL-QURAN AL IMAM AN NAWAWI(MATIN) ditubuhkan pada 10 muharram 1430 hijrah bersamaan dengan 7 januari 2009.walaupun maahad ini boleh dikatakan masih baru akan tetapi ia telah berjaya meletakkan sebagai salah satu maahad tahfiz yang terkenal di negeri perlis ini.Hakikatnya maahad ini dahlunya beroperasi di kawasan perumahan iaitu di no 6&15,Lorong Limau Kasturi,Taman Seri Guar,01000 Kangar,Perlis,sekaramg ini maahad ini telah berpindah ke kawasan yang lebih lapang iaitu di Kampung Abi Padang Machang,Abi,Kangar,Perlis di mana terletak berhampiran simpang empat abi.Tambahan lagi bangunan tersebut mempunyai pejabat,asrama,surau,masjid yang masih dalam pembinaan,kawasan lapang dan pelbagai lagi kemudahan yang disediakan.Pada asalnya ia bermula dengan 7 orang pelajar dan sekaramg ini bertambah seramai 69 pelajar,dan kakitangan yang mencukupi untuk mengawal pelajar yang kian bertambah yang terdiri daripada pelajar dari seluruh negara kita.

Maahad ini diasaskan oleh Ustaz Yusaini yang merupakan penceramah yang terkenal di Perlis,bahkan luar negeri ini kerana kepetahannya berkata-kata dan jenakanya yang sungguh mencuit hati sesiapa sahaja.Beliau bertindak sebagai Mudir atau Pengetua maahad ini dan dibantu oleh ustaz azmir sebagai Timbalan Mudir,selain dibantu oleh saf guru dan pegawai pentadbiran.Saya dimaklukan bahawa disini terdapat 6 orang tenaga pengajar iaitu terdiri daripada:
 3 orang lepasan maahad tahfiz,
 1 dari Syria
 1 Mesir
 1 Sanawi(STAM)

gambar kenangan





gambar kenangan


Saturday, February 19, 2011

kesimpulan

Kesimpulannya di sini,kita dapat lihat betapa besarnya peranan madrasah atau maahad tahfiz dalam melahirkan ilmuwan islam yang berjaya bukan sekadar dari segi ilmu akhirat bahkan juga ilmu duniawi yang tidak kurang pentingnya.Pelajar lepasan maahad mempunyai nilai tambah tertentu terutamanya kebolehan dalam bahasa arab,kemahiran menghafaz al-quran,dan lain-lain lagi.Bagi pendapat saya,pusat-pusat pengajian harus diperkembangkan supaya generasi pada masa akan datang tidak ketinggalan dalam pengajian Al-quran yang amat penting sebagai seorang muslim yang menjadikan ia sebagai panduan kita,terutamanya ia perlu didik sejak kecil lagi bak kata pepatah “melentur buluh biarlah dari rebungnya”.ini sudah pasti bagi memelihara kesucian islam Al-quran serta membangunkan islam di masa akan datang.Selain itu,berdasarkan pemerhatian saya ketika melakukan tugasan ini,saya dapati pelajar-pelajar di maahad tahfiz yang saya telah lawati mempunyai adab sopan dan kehormatan yang tinggi,disamping mudah untuk didekati dan berasa amat teruja berbesar hati atas penerimaan tersebut.Tambahan pula,saya juga dapat merasa sesuatu yang amat menyenang apabila berada disini kerana suasananya yang tidak bising dan amat sesuai untuk belajar.Menariknya lagi oleh kerana kawasan sekitarnya dikelillingi masyarakat kampung yang begitu mengambil berat tentang pelajar-pelajar di maahad ini,menjadi persaudaraan sesama muslim bertambah erat.Saya juga dimaklumkan bahawa disini para pelajar akan dijemput untuk mengadakan tahlil,doa selamat,khidmat masyarakat serta lain-lain,bagi saya ia merupakan perkembangan yang baik.Sekian sahaja dari saya,terima kasih

Monday, February 14, 2011

abstrak


                             Abstrak
PERANAN SERTA SUMBANGAN MAAHAD TAHFIZ AL-QURAN DALAM    MELAHIRKAN ILMUWAN ISLAM YANG RABBANI&hebat
         Institusi pengajian islam pengajian islam khususnya maahad tahfiz al-quran telah berkembang luas di negara ini sejajar dengan perkembangan islam yang kian pesat dalam dunia yang serba moden masa kini.  
Maahad ini telah memberi sinar baru terhadap perkembangan islam terutamanya pengajian Al-Quran yang kian hilang ditelan  kemajuan dunia sekarang kerana semakin ramai manusia yang tidak sedar akan kewujudan Al-Quran sebagai sumber pedoman serta panduan manusia menuju ke jalan yang benar dan terbebas dari kesesatan.Natijahnya,kesucian Al-Quran akan lebih terpelihara kerna terdapat golongan yang masih mencintai dan mengamalkan Al-Quran dengan membaca  dan menghafalnya sesuai dengan hadis nabi.

            ҅  Sesiapa yang membaca Al-Quran dan menghafalnya,dia menghalalkan apa yang dihalalkan di dalam Al-Quran dan mengharamkan apa yang diharamkan di dalam Al-Quran,Allah akan memasukkan ke dalam syurga dan dia akan dapat member syafaat 10 orang ahli keluarganya yang semuanya adalah ahli neraka ҆

Melalui hadis ini betapa besarnya ganjaran pahala terhadap golongan yang memuliakan Al-Quran dan kerana golongan inilah yang akan memelihara dan mempertahankanAl-Quran dari ancaman musuh  islam yang cuba untuk menyesatkan orang islam dari ajaran islam yang sebenar dengan menokok tambah apa yang terdapat dalam Al-Quran.Pada suatu hari nanti apa yang merisaukan kita semua jika tiada kesinambungan golongan pelapis dikalangan anak muda yang akan memuliakan Al-Quran dan kesucian Al-Quran itu sendiri akan tercemar..masyaallah.
           Maahad tahfiz adalah alternatif terbaik melahirkan pelapis ilmuwan islam dikalangan golongan muda yang kebanyakannya terjebak ke kancah yang tidak baik kerana kurangnya pendidikan agama yang kukuh.Bagi pendapat saya,maahad ini amat menitik beratkan soal ukhrawi disamping tidak mengabaikan soal duniawi.Pelajar-pelajar maahad bukan sahaja menghafaz Al-Quran akan tetapi ia meliputi pelbagai bidang pengajian termasuk penguasaan ulum Al-Quran dan Al-Hadith,ilmu-ilmu turath dan kaedah talaqqi,dan penekanan manhaj tarbiyyah meliputi ruhiyyah,tazkiyah an nafs,harakiyyah dan fiqh ad dakwah.Kesimpulannya semua pihak harus sedar dan menyokong kewujudan maahad ini tanpa memberi persepsi yg tidak baik.

pendahuluan


                   Pendahaluan
  DENGan nama allah yang maha pemurah
   Lagi maha penyayang

Alhamdulillah,bersyukur ke hadrat Allah S.W.T kerana limpah dan kurnia-NYA,selawat dan salam buat perjuangan nabi kita,Nabi Muhammad S.A.W yang kita cintai dan para keluarganya,sahabat-sahabat serta pengikut-pengikut baginda yang setia lagi jujur hingga ke akhir zaman,kedua-dua ibu bapaku,ustaz aziz,serta sahabat sahabiah yang mengenali saya.
        Dengan izin dan rahmat Allah S.W.T,saya telah berusaha dan berjaya menyiapkan tugasan CTU 151 yang berkenaan tentangÍ´SEJARAH MADRASAHÍ´di kariah saya di Perlis.Pertamanya sekali ,tujuan saya membuat tugasan ini merangkumi beberapa objektifnya yang tertentu:
       1.Memahirkan mahasiswa membuat sesuatu kerja luar atau praktikal tentang sesuatu perkara.
       2.Melatih kemahiran komunikasi melalui temubual bersama individu tertentu disamping mencari maklumat-maklumat yang sahih dari pelbagai sumber untuk diterjemahkan melalui penulisan.
       3.Memupuk nilai kemasyarakatan melalui temubual dan ramah mesra kerana islam amat menggalakkan ziarah sesama masyarakat.
       4.Mendedahkan mahasiswa tentang penerokaan dan penggunaan teknologi maklumat dalam sistem pendidikan pada abad ini.
        Skop madrasah amat luas sekali kerana wujudnya pelbagai institusi pengajian islam yang mempunyai sistem kurikulum dan kokurikulumnya yang tersendiri.Oleh hal yang demikian,saya memilih untuk menjuruskan penulisan berkenaan maahad tahfiz iaitu pusat pengajian Al-Quran yang begitu mendapat perhatian masyarakat pada masa kini.Kesimpulannya,saya berharap anda semua akan berpuas hati dan tertarik akan hasil kerja saya berkenaan maahad tahfiz ini.
Sekian sahaja dari saya,wassalam

isi kandungan


isi kandungan   
* Tajuk
* Pendahaluan
* ABSTRAK
* Penghargaan
* KONSEP
* HURAIAN
* HARAPAN
* KESIMPULAN
* RUJUKAN

ASSIGNMENT CTU

      
  MAAHAD TAHFIZ AL-QURAN 
  AL IMAM AN NAWAWI,
  KANGAR,PERLIS

 
peranan serta sumbangannya
   terhadap masyarakat dalaM
   melahirkan ulama yang 
   rabbani&hebAT

Disediakan OLEH    
MOHD HANIF BIN MOHAMad
NO MATRIK                 
2010239272
KUMPULAN                 
ASD2DN
DISEDIAKAN UNTUK
USTAZ AZIZ BIN HARJIN(PENSYARAH CTU)
PROGRAM                 
DIPLOMA SAINS(AS120)
Tarikh serah